Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Memberikan ilmu kepada umat Manusia, kerana dengan ilmu itu Maka Manusia menjadi ciptaan Allah melebihi ciptaan Allah yang lainnya. Selawat dan salam kita tujukan kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W dan kerana beliau maka umat ini menjadi umat yang terbaik diantara sekalian banyak umat. Alhamdulillah.
Persoalan yang sering pelajar alami apabila memasuki fasa menengah atas iaitu tingkatan empat adalah dalam memilih aliran pembelajaran. Samada perlu memilih aliran Sastera, Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, Pertanian ataupun Sains Tulen. Ramai yang mengelak untuk tidak mengambil aliran Sains Tulen, bagi pandangan mereka, Sains Tulen hanyalah untuk pelajar yang bijak sahaja dan subjek sains adalah subjek yang sangat susah. Tapi, jika mereka memilih aliran lain seperti aliran Sastera, Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, atau Pertanian mereka tidak perlu belajar subjek Sains? Apa beza subjek Sains bagi aliran Sains dengan bukan aliran Sains?
Sains Tulen hanyalah untuk pelajar yang bijak sahaja dan subjek sains adalah subjek yang sangat susah. Tapi, jika mereka memilih aliran lain seperti aliran Sastera, Ekonomi, Perakaunan, Perdagangan, atau Pertanian mereka tidak perlu belajar subjek Sains? Apa beza subjek Sains bagi aliran Sains dengan bukan aliran Sains?
Apa perbezaan antara Sains Tulen dan Sains Sosial? Yang mana lebih penting?
Ilmu Sains terbahagi kepada dua bidang ilmu iaitu ilmu sains sosial dan tulen. Sains Tulen (Natural Science) adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi bidang ilmu astronomi, biologi dan perubatan, fizik, kimia, sains bumi dan juga sains komputer.
Sains Sosial pula adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai kajian sosial. Bidang ini merangkumi bidang ilmu antropologi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik, psikologi, sosiologi dan pendidikan
Secara mudahnya, bidang Sains Sosial adalah bidang pengetahuan kajian manusia yang melibatkan setiap faktor dan aspek kehidupan kumpulan-kumpulan manusia di atas muka bumi ini. Antara ilmu sains asas yang kita pelajari adalah seperti rantaian makanan, membuat sesuatu kajian dan yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Manakala ilmu Sains Tulen pula dimana ianya adalah untuk mengkaji bidang pengetahuan yang menyentuh persekitaran semulajadi di mana manusia itu tinggal. Dimana ianya merupakan kajian yang lebih terperinci seperti bagaimana buah boleh jatuh ke tanah, kenapa apabila sebuah bas menekan pedal brek, pergerakan kita juga ikut bergerak dan sebagainya.
Untuk memudahkan bacaan tentang perbezaan antara Sains Sosial dan Sains Tulen, jadual dibawah diatur untuk memberi penjelasan mudah bagaimana dua bidang ini berbeza dari segi amali dan praktikal.
Sains Sosial
- Ilmu yang sangat berkait rapat yang melibatkan kehidupan seharian manusia
- manusia memerlukan oksigen untuk hidup
Sains Tulen
- Ilmu yang menerangkan secara terperinci tentang kehidupan seharian yang dilakukan oleh manusia
- bagaimana sistem paru-paru berfungsi untuk menghasilkan oksigen dalam badan supaya manusia boleh hidup
Jika ditanya yang mana lebih penting? Sudah tentu kedua-duanya penting. Kedua-dua ilmu sains berkait rapat antara satu sama lain. yang membezakannya cumalah jika pelajar mengambil aliran Sains Tulen, pelajar juga dapat ilmu Sains Sosial dan juga ilmu Sains Tulen. Jika pelajar tidak mengambil aliran Sains Tulen, maka ia sebaliknya iaitu pelajar hanya mendapat ilmu Sains Sosial sahaja
Kesimpulannya, semua bergantung pada kemampuan dan cita-cita pelajar. Jika pelajar bercita-cita untuk menjadi menceburi dalam bidang perubatan sudah tentu pelajar perlu mengambil aliran Sains Tulen. Tetapi adakah jika sudah mengambil Sains Tulen hanya boleh menceburi dalam bidang perubatan sahaja? Dekat sinilah kelebihan aliran Sains Tulen, dimana pelajar boleh menceburi semua bidang yang berkaitan sebagai contoh perubatan, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.