Halaman ini disediakan bagi memudahkan para pembaca untuk mendalami ilmu pengetahuan Agama Islam serta perbahasannya.
Air yang sah dibuat bersuci itu umum termasuklah:
Air pula terbahagi kepada empat bahagian:-
Berlawanan pula dengan air kopi, teh, air kelapa, air mawar dan sebagainya. Jika tidak disebut air teh atau air kelapa atau mawar, nescaya tidak faham dan tidak pergi fikiran kepada air kopi dan sebagainya. Air ini tidaklah termasuk dalam golongan air yang mutlak, bahkan termasuk dalam golongan air yang suci pada dirinya dan tidak menyucikan pada yang lainnya.
Demikian jua air yang digunakan untuk membasuh benda yang bernajis, pada hal air itu tidak berubah dan tidak juga bertambah beratnya, seperti dicucurkan air pada kain yang terkena kencng setelah air itu berpisah pada kain dan ditolak kadar serapan oleh kain itu yang bakinya tidak bertambah berat.
Termasuk dalam golongan air mustakmal, air yang berubah salah satu daripada tiga sifat (bau, rasa dan warna) dengan sebab bercampur dengan cecair atau serbuk yang (mukhtalit) yang suci, banyak berubahnya sehingga jadi bukan macam air (tidak dinamakan air lagi) samada berubah itu nampak dilihat atau dirasa (hissi) seperti sirap, kopi, susu dan lain-lain atau tidak nampak cuma pada takdir seperti bercamput dengan air mawar yang sudah hilang baunya dan air mustakmal. Maka air ini dihukumnya sama macam air mustakmal dari segi tidak sah dibuat bersuci dengan air. Sebaliknya jika bercampur dengan sesuatu benda yang suci itu sedikit dan berubahnya sedikit tidak hilang nama air, seperti bercampur dengan cecair yang sama sifatnya dengan air maka air ini masih suci lagi menyucikan (Pada pendapat saya air paip yang kita gunakan sekarang yang mana telah bercampur dengan klorin termasuk dalam golongan air ini).
Demikian juga (suci lagi menyucikan) air yang bercampur dengan sesuatu benda suci yang beku atau berasing (mujawir) seperti gaharu dan minyak makan dan sebagainya.
Seperti itu juga air yang berubah sebab bercampur dengan sesuatu benda yang tidak dapat dielak daripadanya seperti tanah, lumut dan tempat air bertakung dan mengalir, dan juga berubah dengan Sebab lama bertakung.
(¹) Air mustakmal yang dikatakan suci pada dirinya itu maknanya jika kena pada badan atau pakaian atau sebagainya tidak payah dibasuh tetapi jikadikumpulkan makruh diminum kerana jijik dan geli. (Bujairimi Iqna’ Juzuk 1 m.s. 65)
4. Air yang kena najis (disebut mutanajjis) iaitu air yang termasuk atau jatuh ke dalamnya najis atau sesuatu yang terkena najis pada hal air itu tidak sampai dua kolah (230 liter) sama ada berubah atau tidak, air ini tidak suci dan tidak menyucikan benda yang lain.
Tidak termasuk dalam golongan ini jika terjatuh dalam air itu najis yang dikecualikan umpama bangkai binatang yang tiada berdarah mengalir ketika dikoyakkan seperti kumbang, lalat kala, lipas, cicak dan sebagainya, syaratnya bukan dicampak dengan perbuatan dan tidak mengubahkan air itu.
Demikian juga tidak dihukumkan najis, air atau benda-benda yang cair dengan sebab masuk najis yang halus yang tiada nampak dilihat oleh mata yang sederhana sekalipun daripada najis mughallazah.
Adapun air yang banyak (2 kolah atau lebih) tidak menjadi mutanajjis dengan sebab masuk ke dalamnya benda yang najis, melainkan jika berubah (bau, rasa, dan warna)
Tiap-tiap benda yang cari atau lembut daripada dubur atau qubul hukumnya najis¹, melainkan mani² sama ada mani manusia atau mani binatang yang lain daripada anjing dan babi atau anak daripada keduanya (anjing berkelamin dengan babi) atau anak salah satu daripada keduanya dengan binatang yang lain sekalipun yang suci (anak kacukan), tidaklah termasuk dalam hukum najis jika benda yang keluar itu keras seperti biji-bijian sekiranya ditanam ia tumbuh.
Demikian jua cacing hukumnya tiada najis, cuma kena najis sahaja (mutanajjis) boleh dibersihkan dengan dicuci (tetapi batu yang keluar dari seseorang yang disebut sakit karang itu jika terkumpul dari air kencing hukumnya najis juga).
Manakala yang keluar dari lubang yang lain daripada qulbul dan dubur hukumnya suci melainkan muntah dan air liur basi yang keluar dari tembuni makanan warnanya kuning dan baunya busuk. Kedua-duanya najis.
Najis-najis yang lain ada banyak sebagaimana berikut : iaitu darah, nanah, danur, susu binatang yang tidak boleh dimakan, arak, tiap-tiap benda yang cair memabukkan (tidak yang beku dan keras), anjing, babi, kacukannya dan segala bangkai semuanya najis kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang.
Najis mukhaffafah (yang ringan) : air kencing kanak-kanak lelaki yang di bawah umur dua tahun dan yang belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan menghisap susu sahaja tidad ada lain.
Cara menyucikannya boleh direcikkan air sahaja rata-rata pada tempat terkena air kencing itu setelah diperah atau dibuang arinya itu memadai dengan tidak payah dijirus atau dicucurkan air itu atasnya(¹)
(¹) sandarannya hadis Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Ummu Qaisin :
(hadis)
Ertinya : Bahawa Ummu Qais datang menghadap Rasulullah bersama dengan anak lelakinya yang masih kecil yang belum makan makanan, datang Baginda pangku budak itu di atas ribanya tiba-tiba budak itu kencing, nabi pun meminta air direnjis-renjis pada tempat yang kena kencing itu dengan tiada dibasuhnya lagi.
Najis mughallazah (najis berat) : iaitu anjing, babi dan anak kacukannnya. Jika seseorang terkena anggotanya atau pakaiannya dengan darah binatang itu atau tahinya atau kencingnya atau air liurnya atau badannya yang basah, ,maka cara menyucinya hendaklah dibasuh tujuh kali setelah dihilangkan airnya dengan menjirus yang pertama ditambah enam kali jirus lagi. satu daripada tujuh jirus itu air yang bercampur dengan tanah (¹) dan ratakan di mana tempat yang kena najis itu. Walaupun jika dikincahkan benda yang kena najis binatang itu ke dalam air yang keruh dan yang berarusan dengan tujuh kali kincah nescaya sucilah ia.
(¹) Sandarannya hadis Muslim :
(hadis)
Ertinya : Sucinya bejana (bekas) seorang daripada kamu apabila dijilat oleh anjing padanya dengan dibasuh tujuh kali. satu daripadanya dengan tanah (Bujairimi iqna” juzuk 1, muka surat : 264 & 265) tentang babi kata ibnu Munzir turut ijma ulama.
3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan) : iaitu najis yang lain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah.
Caranya menyucikannya jika ada bendanya (yang disebut ‘ainiyyah) hendaklah dihilangkan bendanya itu dan segala sifatnya iaitu rasanya baunya, dan warnya.
Jika telah dibasuh, didapati tiada hilang rasanya seperti pahit atau kasap nescaya tiada dimaafkan bahkan hendaklah dibasuh lagi hingga hilang rasa itu. Setelah itu, jika tidak hilang juga melainkan dengan dipotong ketika itu dimaafkanlah (dikira telah suci)
Adapun bau atau warna jika telah dibasuh atau digosok tiga kali tidak hilang, hukumnya dimaafkan (dikira bersih juga)
Maka jika najis itu sudah tiada ‘ainnya dan tidak lagi sifatnya (najis hukmiah) seperti air kencing yang sudah kering pada kain dan hilang sifat-sifatnya memadailah dengan dijirus air pada tempat yang kena najis itu.
Arak apabila sudah jadi cuka dengan sendirinya, hukumnya suci dengan syarat tidak dimasukkan benda lain ke dalamnya, jika ada benda lain di dalamnya nescaya tidak suci.
Apabila suci cuka yang telah bertukar daripada arak itu maka tempatnya ikut sama suci.
Peringatan : Cara membasuh tiap-tiap yang kena najis yang diiktiraf oleh syarak ialah dengan dicucur atau dijiruskan air yang suci ke atas benda yang dibasuh (orang sebelah utara menyebut ‘air lalu’ meski pun sekali lalu, jika tidak diperbuat begitu umpama dicelupkan benda yang kena najis itu ke dalam air yang sedikit seperti dalam besin atau periuk yang telah ada air menanti di dalamnya walaupun air itu mutlak, walau beberapa kali celup sekalipun, hukumnya suci juga (¹). Hal ini mustahak diambil perhatian kerana banyak berlaku di kedai makan dan di warung-warung dan sebagainya orang membasih daging yang berdarah atau ikan atau sebagainya dengan mencelup sahaja(²).
(¹) kerana bila dicelupkan benda yang kena najis ke dalam air itu jadilah air itu yang mutanajjis dan air yang mutanajjis tidak menyucikan benda yang kena najis.
(²) Demikian jua kain baju yang kena najis seperti ari kencing dan lain-lain tidak suci jika dicelup sahaja ke dalam air yang seidkit seperti dalam baldi dan besin, kecuali air itu banyak dua qolah atau lebih.
Bersugi itu maknanya menyuci atau membersihkan mulut dan gigi dengan menggunakan alat seperti berus gigi, manggar kelapa, sabut, kayu araq dan sebagainya. Hukumnya sunat pada tiap-tiap hal lebih-lebih lagi kuat (muakad sunatnya) tatkala hendak membaca al-Quran, tatkala hendak sembahyang, tatkala berubah bau mulut, tatkala baru bangun dari tidur, tatkala gigi jadi kuning, tatkala hendak tidur, tatkala hendak ambil ari sembahyang, tatkala hendak baca hadis, tatkala hendak berzikir, tatkala hendak masuk ka’abah, tatkala hendak masuk kerumah lepas berjalan, tatkala hendak bersetubuh, tatkala perut lapar atau dahaga, tatkala hendak mati (menurut ceritanya supaya senang keluar roh), tatkala hendak musafir dan lain-lain hal. Kecuali (tidak sunat bersugi) lepas gelincir matahari sehingga masuk matahari bagi orang yang berpuasa malahan makruh ia bersugi pada masa itu sama ada puasa fardhu atau sunat. Ini pendapat kebanyakan ulama berpegang kepada hadis Bukhari dan Muslim :
(hadis)
Ertinya : Bahawa bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau minyak wangi kasturi. Di dalam hadis yang lain ada membayangkan bahawa bau mulut yang dimaksudkan itu ualaha bau yang di sebelah petang, mafhumnya kalau sudah bau itu wangi eloklah dikekalkan dan jangan dihilangkan.
Tetapi Imam Nawawi berpendapat tidak makruh bagi orang yang berpuasa bersugi sama ada disebelah pagi atau disebelah petang kerana dalam hadis itu memuji orang berpuasa sahaja, tidak menunjukkan kepada tegahan. (Jadi barangsiapa hendak bersugi di sebelah petang lepas zohor dalam masa berpuasa eloklah ia berpegang kepada pendapat Imam Nawawi itu).
Sunat bersugi itu dengan tangan kanan mulakan sebelah kanan mulut, digosokkan kepada langit-langit mulut perlahan-lahan digosok atas gusi, gigi dan lidah.
Fadhilat (kelebihan) bersugi itu banyak setengah daripadanya dua rakaat sembahyang dengan bersugi lebih elok (afdhal) daripada tujuh puluh rakaat dengan tiada bersugi. Bersugi itu selain daripada menyucikan kotor-kotor di mulut dan celah-celah gigi ia membawa kepada keredhaan Allah, mencerdikkan akal, mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban rambut, mengurangkan bongkok atau sakit pinggang, menggandakan pahala dan mengingat dua kalimah syahadat ketika hendak mati. Sekiranya seseorang itu tudak dapat (tidak terdaya) hendak bersugi di masa-masa yang tersebut itu hendaklah ia bersugi sekurang-kurangnya sekali sehari semalam.
Istinjak itu bahasa arab, asala maknanya melepaskan diri daripada benda yang mengganggu atau daripada geli atau merunsingkan. Maksudnya disini ialah bercebuh. Hukumnya wajib dengan sebab kencing atau beraka atau keluar benda yang najis keadaannya basah seperti darah dan sebagainya.
Alat buat bercebok itu ialah air atau batu benda yang seumpamanya daripada benda yang beku, suci, kasap dan bukan daripada benda yang dihormati maka tidaklah diluluskan benda cair seperti air mawar dan cuka, tidak diluluskan benda yang najis seperti batu yang kena najis atau tahi unta yang kering, tidaklah diluluskan benda yang tidak boleh menanggalkan najis seperti tanah yang hancur atau benda yang licin umpama buluh atau kertas plastik dan tidak diluluskan benda yang dihormati seperti makanan manusia umpama roti kering yang tiada menjadi arang dan seperti makanan jin umpama tulang sekali pun sudah hangus tiada diluluskan juga buat bercebuk dengannya kerana masih menjadi makanan jin.
Adapun makanan binatang seperti rumput kering dan sebagainya umpama kertas tisu hari dibuat bercebuk dengannya.
Memadailah bercebuk itu dengan air sahaja atau dengna tiga butir batu sahaja atau dengan tiga penjuru sahaja sekira-kira bersih dengannya (hilang ain najis). Sekiranya tidak bersih dengan tiga butir batu atau tiga penjurunya hendaklah ditambah lagi beberapa butir hingga bersih. Lepas itu jadikan bilangannya ganjil umpama telah bersih dengan empat tambah satu lagi jadi lima kiranya ada tinggal bekas-bekasnya tidaklah mengapa.
Yang eloknya (afdhalnya) bercebuk itu mula-mula dikesat dengan kertas tisu kemudian diikuti dengan air jika hendak pakai satu sahaja maka dengan airlah yang lebih elok kerana ia menghilangkan ain najis serta bekas-bekasnya sekali.
Bercebuk dengan batu atau seumpamanya itu mengandungi beberapa syarat :
(a) Najis yang keluar itu masih basah (belum kering)
(b) Tiada berpindah atau meleleh daripada kawasannya iaitu papa punggung yang bertangkung ketika berdiri atau daripada kawasan kepala zakarnya.
(c) Tiada kena najis yang lain pada tempat yang najis itu demikian jua cecair yang lain sekali pun suci.
Jika tiada syara-syarat ini tertentulah bercebuk itu dengan air tidaklah boleh dengan batu atau seumpamanya lagi.
Barangsiapa buang air sama ada buang air besar atau keicl di tempat yang tiada tandas seperti tengah lapang (padang atau dalam semak) haram menghadap kiblat atau membelakangkannya atau ada dinding tetapi jarak diantaranya dengan dinding lebih daripada tiga hasta atau dekat tetapi dinding itu rendah tidak sampai 2/3 hasta.
Adapun kalau ada dinding tingginya lebih daripada dua pertiga hasta dan kedudukannya dengan dinding tidak lebih daripada tiga hasta atau dalam tempat yang memang disediakan untuk membuang air (tandas) tidaklah haram mengadap kiblat atau membelakangkannya.
Suant masuk tandas dengan kaki kiri sambil membaca dekat pintunya :
(doa)
Ertinya : Ya Allah aku berlindung dengan mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina sunat keluar daripadanya dengan kaki kanan (¹) dan membaca :
(doa)
Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kerunsingan daripada aku dan memberi aku afiat dan tambah lagi baca :
(doa)
Ertinya : Wahai tuhanku sucikan hatiku daripada nifak (munafik) dan lindungkan kemaluanku daripada melakukan kejahatan.
Jangan memandang kemaluannya dan jangan memandang kepada najis yang keluar itu yang eloknya buang air kecil jangan berdiri. Nabi s.a.w ada berbuat demikian untuk menunjukkan harus sahaja (pada pendapat saya jika seseorang itu uzur mencangkung atau tidak habis keluar air kencingnya lebih elok kencing berdiri itu).
Jangan masuk tanda tiada berkasut. Sekiranya buang air di tempat yang bukan tandas janganlah dilakukan pada iar yang tenang seperti dalam perigi atau parit yang tiada berarus sama ada airnya sedikit atau pun banyak kecuali banyaknya seperti sungai dan laut tidaklah makruh demikian jua pada air yang berarus.
Jangan buang air kecil atau besar di bawah pokok buah-buahan, sekalipun ketika tiada berbuah. Jangan buang air di tepi-tepi jalan, di tempat orang berteduh dan di tempat-tempat orang berbual darihal yang tidak maksiat. Haram buang air di atas kubur.
Fardhu wudhu (¹)
Fardhu wudhu atau rukun wudhu (air sembahyang) enam perkara :
PERTAMA : niat tatkala membasuh awal atau satu bahagia daripada muka iaini disertakan niat (ingat dalam hati mengerjakan wudhu) ketika mula membasuh sebahagian daripada muka dengan tidak disyaratkan kekal niat itu hingga selesai basuh semua muka, tetapi jangan dipotong atau diputuskan dengan niat perkara lain sehingga selesai basuh kedua kaki.
Dari itu tidak memadai jika dilakukan niat lebih dahulu daripada muka umpama berniat ketika membasuh tapak tangan atau ketika berkumur atau ketika menyedut air ke hidung kemudian terputus niat itu, tetapi sekiranya berkekalan niat itu sehingga membasuh sebahagian daripada muka memadailah niat itu malahan itulah yang afdhalnya.
Di dalam masalah berkumur atau menyedut air ke hidung ini jika terkena basuh sekali sebahagian daripada muka seperti dua bibir mulutnya pada hal masa itu ada nait wudhu nescaya memadailah niatnya itu dan pahala sunat berkumur atau menyedut air ke hidung tidak dapat.
Tetapi tentang mengulangi basuh semula bahagian itu ada huraiannya :
(a) qasad (ingat) basuh muka sahaja tidak wajib diulang lagi
(b) qasad (ingat) sunat kumur sahaja atau qasad sunat kumur serta basuh muka atau mutlak (tidak qasad sunat dan tidak qasad basuh muka) hukumnya wajib diulang basuh bahagian itu.
lafaz niat wudhu dalam bahasa arab ” (ayat arab) “, ertinya : sahaja aku mengambil air sembahyang, atau
” (ayat arab) “, ertinya : sahaja aku mengerjakan fardhu air sembahyang, atau
” (ayat arab) “, ertinya : sahaja aku bersuci daripada hadas atau
” (ayat arab) ” ertinya : sahaja aku mengangkat hadas kecil (²)
(¹) Wajib wudhu serentak dengan wajib sembahyang yang lima waktu bagaimana telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Wudhu itu pecahan daripada perkataan wada’ah maknanya cantik dan bersih serta bercahaya. Disisi syarak maknanya nama bagi perbuatan menggunaka ari pada anggota yang tertentu. Dalam bahasa malaysia disebut air sembahyang.
(²) Berlafaz dengan niat itu tidak wajib sama ada pada wudhu atau mengangkat hadas besar atau pada sembahyang atau sebagainya malahan melafaz itu adalah untuk menolong niat dalam hati sahaja. Yang wajibnya ialah niat itu sendiri.
KEDUA : Membasuh muka keseluruhannya dari atas dimulai dari kaki rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak telinga kiri hingga ke anak telinga kanan. Jika ada bulu di atas muka, sama ada jarang atau lebat wajib diratakan air atas dan pada kulit yang dalamnya.
Adapun janggut bagi orang lelaku serta dengan jambang-jambangnya jika lebat memadailah dibasuh lahirnya saja (tidak mesti dibasuh kulit yang di dalamnya) dan jika tidak lebat wajib dibasuh lahirnya dan kulit yang di dalamnya. Yang dikatakan janggut tebal itu ialah janggut yang tidak nampak kulitnya di pandang daripada hadapan. Dan yang jarang itu yang nampak kulitnya di pandang daripada hadapan.
Bersalahan dengan janggut orang perempuan atau khunsa maka wajib dibasuh lahirnya dan kulit yang didalamnya sekalipun lebat kerana jarang berlaku orang perempuan berjanggut dari itu tidak sama hukumnya dan dengan sebab itu orang perempuan dan khunsa sunat membuangnya dengan dicukur atau sebagainya.
Selain daripada membasuh muka bagaimana hadnya yang tersebut diatas itu hendalah dibasuh naik sedikit ke atas kepala dan basuh ke bawah seidkit daripada dagu hingga ke halkum dan sebahagian daripada dua telinga dan di bawah pertemuan dua tulang dagu kerana tidak sempurna wajib melainkan dengan diluaskan lebih sedikit. Jadi lebihan itu pun hukumnya wajib juga.
KETIGA : Membasuh kedua tangan serta dua sikum apa yang ada pada tangan itu seperti bulu sama ada jarang atau lebat, daging yang tumbuh jari yang lebih (jika ada) dan kuku semuanya wajib dibasuh luar dan dalam.
Jika ada benda-bendayang cemar atau yang menegah sampai air pada kulit seperti getah atau cat atau sebagainya wajib dihilangkan lebih dahulu dan wajib membuang benda-benda yang ada di celah-celah kuku, kecuali jika sedikit atau kecil iaitu dimaafkan apatah lagi pada orang yang tidak dapat mengelak daripadanya seperti tukang cat atau pekerja-pekerja dibengkel membaikkan kereta atau sebagainya (Baijuri muka surat 53)
Demikian juga jika ada diri yang boleh dicabut wajib dicabut terlebih dahulu dan kalau tidak boleh dicabut dengan sebab sudah terbenam memadailah dibasuh atasnya.
Kopeng kudis-kudis, kopeng bisul, dan kopeng jerawat tidak wajib dikopek sekali pun senang mengopeknya.
Hukum wajib membuang benda-benda yang menegah sampai air ke kulit ini berlakupada semua anggot wudhu yang lain daripada muka dan kaki.
KEEMPAT : menyapu sebahagian kulit kepada atau rambut kepala yang ada dalam had (kawasan) kepala, sekalipun sehelai rambut atau setengahnya. Tetapi tidak memadai disapu pada rambut yang disanggul sekiranya dibuka sanggul itu ia terkeluar daripada had kepala.
Tidak mesti sapu itu dengan tangan malahan boleh disapu dengan kayu yang dibasahkan atau sebagainya seperti kain yang dibasahkan dan memadai dengan dibasuh terus kepala ganti daripada sapu.
KELIMA :Membasuh dua kaki serta dua buku lali pada orang yang tiada memakai khuf (kasut andalam kasut macam stokin) wajib dibasuh apa yang ada pada kaki sama hukumnya macam membasuh dua tangan yang disebut diatas.
Maka jika ia memakai khuf wajb salah satu dariapda dua perkara. Sapu air sahaja di atas khuf itu atau basuh kedua-dua kaki (buka khuf itu) inilah yang adfhalnya.
KEENAM : Tertib yakni yang dahulu didahulukan bagaimana susunan yang disebutkan, jika seseorang lupakan tertib tidaklah dikira perbuatan yang berlaku pada bukan tempatnya cuma yang boleh dipakai tentang basuh muka yang beserta dengan niat.
Sekiranya ada empat orang membasuhkan empat anggotanya serentak nescaya yang boleh dipakai (terangkat hadas) mukanya sahaja jika ada niat di situ.
Sebaliknya jika seseorang itu menyelam dalam air serta berniat wudhu nescaya memadai dan sah wudhunya sekalipun ia tidak diam lama di dalam air itu kerana ada tertib beberapa lahzah (beberapa detik yang singkat).
Sesungguhnya tiap-tiap seorang yang hendak mengenal Allah Taala dan mengetahui sifat-sifatnya, maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat Tuhan yang diperintahkan mengenali tu. Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal Tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat Tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum akal.
Hukum akal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan sesuatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum ‘adiy, yakni ‘adat) dan tidak tergantung kepada suatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (bersalahan hukum syar’i).
Adalah hukum ‘aqal ini terbahagi kepada tiga bahagi. Kerana ‘aqal itu berkehendak bekerja atas sekira-kira hal pada mematutkan sesuatu bagi dihukumkan pada ‘ilmu tauhid, tiada sunyi daripada tiga perkara iaitu menghukumkan mesti ada atau menghukumkan mesti tiada, atau menghukumkan boleh menerima ada atau tiada.
Yang pertama : Disebut wajib ‘aqli iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada. Yang demikian apakala dikatakan wajib bagi Allah bersifat Qidam maka maksudnya ialah mest ada Tuhan bersifat Qidam
Yang kedua : Disebut mustahil ‘aqli, iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan adanya, hakikatnya mesti tiada, yang demikian apakala dikatakan mustahil tuhan baharu maka maksudnya tiada sekali-kali tuhan itu baharu.
Yang ketiga : Disebut harus ‘aqli, iaitu perkara yang diteruma ‘aqal adanya dan tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seorang itu adakalanya boleh ia bergerak atua diam
Andai kata apabila kita dapati kemudian daripada “wajib” perkataan “bagi” atau “pada” maksudnya wajib ‘aqli. Apabila kita dapati kemudian daripada “mustahil” perkataan “atas” atau “pada” maksudnya mustahil ‘aqli dan apabila kita dapati kemudian daripada “wajib” perkataan “atas” maksudnya wajib syar’i (barang yang diperbuat dapat pahala dan ditinggalkan dapat dosa).
Mengenal tuhan itu fardhu ‘ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahu nama-Nya dan sifat-Nya yang disuruh oleh syara’ asy-Syarif dengan ajara daripada rasul-rasul.
Maka bagi tuhan ada banyak nama-nama yang molek (Asmaul Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan yang Maha Tinggi. Nama tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-nama-Nya ialah Allah, disebab lafaz al-Jalalh (lafaz Yang Maha Besar), maka yang lain daripada ini diketahui daripada quran dan hadis, semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripada ar-Rahman, ar-Rahim, al-Quddus, as-Salam, al-Mu’min.
Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagi :
Adalah dikehendaki dengan mengenal tuhan itu hendaklah mengetahui tiga perkara, iaitu yang pertama iktiqad yang putus (tiada syak, zhan, waham) kiranya iktiqadnya tidak putus seperti ada iktiqadnya syak, zhan, atau waham, maka tidak dinamakan mengenal. Yang kedua muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan iktiqad ini dengan iktiqad ahli sunnah wal jama’ah) maka tiada dinamakan mengenal jika iktiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti iktiqad irang nasrani dan yahudi. Yang ketiga, dnegan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika iktiqadnya putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
Adapun iktiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan ittifaq ulama menghukumkan kafir dan iktiqad orang yang bertakliq itu bersalahan ulama padanya, maka mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaklid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya itu putus tetapi dihukumkan dia mukmin yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar dengan sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.
Adalah makna taklid itu menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan. Maka taklid itu terbahagi kepada dua bahagian :
Kepercayaan yang pertama : taqlid jazami.
Ertinya : kepercayaan itu terlekat betul di mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak akan berubah atau terbalik semula jika orag yang diikuti itu berbalik sekalipun. Maka taklid yang seperti ini di sisi ahli sunnah wal jama’ah sah imannya kerana ada mempunyai jazam.
Kepercayaan yang kedua : taqlid yang tiada jazam.
Ertinya : Menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuat sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibu-bapanya atau lainnya.
Berbalik iktiqadnya, maka ia pun mengikut berbalik jua, maka taklid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa imannya dengan syak, zhan atau waham (yang tiada jazam).
Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa dalam khator (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. jika benar perjalanan orang yang diikutinya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya, maka yang mengikutnya itu benarlah jua, tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama-sama dengan orang yang diikutnya.
Dan itu hendaklah seseorang bersungguh-sungguh menuntut ilmu ‘aqaid al-Iman yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham di dalam iman, tidak pakai ikut-ikut sahaja, istimewa zaman sekarang masa yang telah zahir beberapa banyak ahli bidaah.
Maka taqlid itu mudarat kerana ialah jalan yang membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan hal seorang manusia.
Bermula kelebihan ilmu yang memberi manfaat itu iaitu amat banyak yang tersebut di dalam al-quran dan hadis. Dan setengah daripadanya itu firman Allah Ta’ala titik:
Ertinya: Mengangkatkan Allah Ta’ala akan mereka yang percaya dengan Allah Ta’ala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu akan beberapa pangkat yang tinggi. (Surah al-Mujadalah: Ayat 11)
Dan kata Saidina Abdullah bin Abbas Radiyallahu Ta’ala ‘anhuma:
Ertinya: Bagi segala ulama itu beberapa pangkat di atas pangkat Mukminin dengan 700 pangkat yang antara tiap-tiap dua pangkat itu perjalanan 500 tahun.
Banyak dalil yang menunjukkan tentang kelebihan ilmu yang memberi manfaat :
(al-Quran)
Ertinya : Mengangkatkan Allah ta’ala akan mreka yang percaya dengan Allah ta’ala daripada kamu dan mereka yang diberi akan dia ilmu akan beberapa pangkat yang tinggi.
[Surah al-Mujadalah : 11]
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w :
(hadis)
Ertinya : Bermula yang terlebih afdhal daripada manusia itu iaitu mukmin yang alim yang jikalau dikehendak orang kepadanya, nescaya memberi manfaat ia akan dia dan jikalau dikayakan daripadanya, nescaya mengkayakan ai akan dirinya, yakni jikalau orang terkaya daripadanya, nescaya ia terkaya daripada orang.
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w :
(hadis)
Ertinya : Terlebih hampir manusia daripada pangkat Nubuwwah itu iaitu ahli al-ilmu.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
(hadis)
Ertinya : Bahawasa malaikat merendahkan akan segala sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana sangat suka ia dengan perbuatannya itu.
Dan sabada Nabi Muhammad s.a.w. lagi :
(hadis)
Ertinya : Sesungguhnya bahawa berpagi-pagi seorang kami, maka ia belajar ia akan satu bab daripada ilmu, nescaya terlebih bauk baginya daripada bahawa ia sembahyang sunat seribu rakaat.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang lain :
(hadis)
Ertinya : Orang yang menuntut ilmu itu mengakui Allah ta’aal baginya dengan rezekinya.
kata Imam al-Ghazali rahimahullah pada permulaan kitab Bidayah al-Nihayah :
(bahasa arab)
Ertinya : Dan jikalau ada niatmu dan qasadmu antaramu dan antara Allah ta’ala daripada menuntut ilmu itu akan dapat hidayah, tiada semata-mata riwayat, maka sukai olehmu kerana bahawasanya malaikat itu menghamparkan ia bagimu akan sayapkan apabila engkau berjalan dan segala ikan laut itu memohonkan ampun bagimu kepada Allah s.w.t apabila engkau usahai di dalam menuntut ilmu itu.
Ask Me!