Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan. Bersambung lagi siri kita kita kali ini dalam mengenali jenis-jenis syaitan. Seperti dalam siri yang lepas, kita telah mengenali satu jenis syaitan yang bernama al-A’war. Untuk mengenali apa apakah tugas syaitan al-A’war, diharapkan para pembaca semua dapat merujuk kepada blog kami yang lepas yang bertajuk ” Siri 2 : Jenis-jenis syaitan “. Pada kali ini, kita akan membincangkan jenis syaitan yang baru, yang diberi nama :
3. AL-A’WAR
Syaitan al-A’war adalah dikatakan sebagai salah satu jenis syaitan yang buta mata sebelahnya. Tugasnya pula ialah membisikkan kepada hati-hati manusia untuk menggalakkan perzinaan dan perbuatan keji. Apabila seseorang itu telah dibisikkan supaya masuk ke dalam penzinaan, maka umat manusia akan susah hendak keluar balik daripada kancah perzinaan tersebut. Mangsanya adalah tidak terkecuali, tak kira sama ada perempuan, lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau beristeri. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh al-A’war sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang berlaku kepada isteri yang mempunyai suami yang bagus dan baik tetapi tetap tertarik kepada lelaki lain lantaran bisikan al-A’war. Dihiasi dengan kebaikan dan keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.
Tugasnya lagi adalah dengan menghias kepada wanita yang tidak menutup aurat dengan hiasan yang indah supaya mampu menarik lelaki ajnabi supaya menjadi tertarik yang akhirnya berlaku perkara zina diantara mereka.
Jadi tuan/puan semua, setiasalah berwaspada dengan segala ujian seperti ini. kuatkanlah iman diri kita dengan ilmu dan banyak bergaul dengan orang soleh. Mudah-mudahan dengan keberkatan tersebut, dapat menjauhkan diri kita dengan fitnah seperti ini yang akhirnya akan menyelamatkan iman dan nilai Islam yang ada dalam diri kita.