Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan.
Sesungguhnya Iblis dan tenteranya itu mempunyai kerajaannya yang tersendiri. Di situlah tempat mereka mengatur strategi tentang bagaimana untuk menghasut manusia supaya kalah dengan keburukan.
إن إبليس يضع عرشه على الماء، ثم يبعث سراياه، فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنة يجيء أحدهم فيقول: فعلت كذا وكذا؛ فيقول: ما صنعت شيئاً ثم يجيء أحدهم فيقول: ما تركته حتى فرقت بينه وبين امرأته، قال: فيدنيه منه ويقول: نعم أنت
” Sesungguhnya singgahsana Iblis berada di atas lautan. Dia lalu menyebarkan tenteranya ke seluruh manusia. Syaitan yang paling tinggi darjat di sisinya adalah yang paling besar kerosakannya. Salah seekor syaitan melapor : aku telah melakukan ini dan itu. Iblis berkata : engkau belum melakukan apa-apa. Salah seekor yang lain berkata : aku telah berjaya memperdaya seseorang sehingga dia menceraikan isterinya. Iblis mendekatkan syaitan ini dan berkata : engkau hebat “
(Riwayat Muslim)