Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Sempurna yang tidak ada kecacatan bagi-Nya dan keselamatan dan kesejahteraan yang sebaiknya kepada kekasih-Nya Muhammad s.a.w. dan keberkatan yang tercurah kepada ahli keluarga Baginda dan kepada sahabatnya.
Saka seringkali kita dengar di setiap bualan cerita orang-orang tua kita iaitu merupakan satu makhluk ciptaan Allah yang bernama jin yang sering digunakan oleh orang terdahulu melalui sebab-sebab tertentu, antaranya sebagai pelindung, penjaga, kekuatan dan sebagainya. Kedatangan makhluk ini bukanlah boleh datang sendirinya, melainkan dibacakan sesuatu untuk memanggil dan menjadikan dirinya hamba kepada si pembaca.
merupakan satu makhluk ciptaan Allah yang bernama jin yang sering digunakan oleh orang terdahulu melalui sebab-sebab tertentu, antaranya sebagai pelindung, penjaga, kekuatan dan sebagainya.
Meskipun begitu ramai pengamal tidak menyedari kehadiran makhluk ini akan datang membawa suatu masalah dan ujian pada masa yang panjang, apabila ianya akan melibatkan ahli keluarga dan orang terdekat bagi pengamal tersebut. Bagaimana pun kehadiran makhluk tersebut kepada keturunan tersebut akan mempunyai beberapa tanda dan mungkin boleh berlaku perkara yang mudarat.
Di dalam TALK SHOW yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ini dengan kerjasama Klinik Perubatan Hikmah Terapi Insani di bawah kelolaan Darul Muqarrabin ini sedikit sebanyak membantu orang ramai tentang tanda-tanda dan bahayanya gangguan makhluk tersebut ke dalam kehidupan manusia.
Berikut merupakan maklumat program:
Hari : Khamis
Tarikh : 23/3/2023
Tempat : FB Page Madrasah Darul Muqarrabin
Jam : 9:00 a.m