Madrasah Darul Muqarrabin (MADAM) merupakan pusat pengajian dibawah naungan syarikat swasta Darul Muqarrabin Resources yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam, Klang.
Objektif utama penubuhan MADAM adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin mendalami ilmu agama dan juga untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam menuntut ilmu agama dan akademik.
Berikut merupakan program yang ditawarkan di MADAM:
Nama kitab : Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Uthmani
Pengarang : Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz
Hari Kelas : Jumaat (malam sabtu)
Waktu Kelas : 9.00 – 10.00 malam
Yuran Kelas : RM 50
Kaedah pembelajaran :
Bertalaqqi
Mempunyai exam secara kitabah dan syafawiyyah setiap bulan
Membaca al-Quran dengan bertajwid merupakan hukum wajib bagi setiap orang Islam. Secara ringkasnya, pembelajaran di dalam kitab ini merangkumi keluasan bab berkaitan ilmu al-Quran. Jadi kitab ini adalah sesuai bagi pemula untuk mempelajari ilmu al-Quran.
Kepada yang telah berjaya menamatkan pengajian al-Quran dan tajwid ini, mereka akan diijazahkan sanad al-Quran dari jalan as-Syatibiyyah darpada Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Mustafa al-Huraithi al-Husaini al-Azhari asy-Syafi’e al-Husofi asy-Syazili al-Misri

Nama kitab : Penenang Jiwa (terjemahan Mukasyafatul Qulub)
Pengarang : Imam al-Ghazali
Hari Kelas : Jumaat (malam sabtu)
Waktu Kelas : 11.00 – 12.00 malam
Yuran Kelas : RM 50
Kaedah pembelajaran :
Bertalaqqi
Mempunyai exam secara kitabah dan syafawiyyah setiap bulan
Secara ringkasnya, Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Justeru Imam al-Ghazali telah menumpukan kesungguhannya dalam menghasilkan satu kitab khas bagi memberikan pencerahan berkaitan kaedah pembersihan jiwa (hati), dan faktor mengapa kekotoran hati itu berlaku.
Mempunyai exam secara kitabah dan syafawiyyah setiap bulan
Fiqah merupakan aspek yang sangat penting dalam hidup setiap muslim. Setiap perkara di dalam kehidupan tidak terlepas daripada hukum feqah. Jadi untuk mendapatkan redha Allah di dalam kehidupan, semestinyalah hidup kita perlu berlandaskan hukum feqah yang selari dengan kehendak syarak.
Secara ringkasnya, pembelajarn di dalam kitab ini merangkumi secara menyeluruh tentang ilmu asas berkaitan tauhid, fiqah, tasawuf dan akhlak yang mana ianya sesuai pembelajaran bagi yang baru mula-mula untuk mendalami ilmu agama Islam.
Kelas bahasa arab yang ditawarkan adalah untuk membantu pelajar dan mereka yang menyertai kursus ini untuk memahirkan penuturan bahasa arab mereka dengan mempelajari satu-satu ilmu agama secara tak langsung mampu digunakan ketika berurusan dengan orang arab di luar sana
Pengajian yang akan dijalankan pada awal 2023 :
– Pengajian Akademik (Matematik, sains dan lain-lain) – Pengajian Bahasa Arab – Pengajian Tauhid
Tenaga pengajar buat masa ini adalah seramai 2 orang dan pengambilan pelajar terpaksa kami hadkan kerana kesempitan ruang tempat pengajian. Untuk makluman tuan/puan, buat masa ini tempat pengajian MADAM merupakan lot rumah sewa pada aras 1 di Lorong Kundang, Padang Jawa. Keluasan hanya dapat memuatkan 15 orang pelajar sahaja. Namun begitu, kami sentiasa menerima permintaan daripada orang ramai dari pelbagai lapisan umur untuk menyertai pengajian yang dijalankan oleh MADAM.
Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama membantu kami mendapatkan tempat yang lebih baik dan lebih selesa supaya kami dapat menambah kapasiti pelajar dan memberi peluang kepada mereka yang ingin mempelajari ilmu agama mahupun akademik.