KURSUS RAWATAN ISLAM KPHTI KEMBALI LAGI
Atas permintaan ramai, Klinik Perubatan Hikmah Terapi Insani membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Rawatan Islam Siri Asas bagi batch ke- 8.
Rawatan Islam merupakan salah satu alternatif dalam perubatan yang sering berkait dengan makhluk halus. Rawatan ini hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan bahan-bahan alami yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu. Islam menyarankan manusia untuk mencari penawar atau berubat apabila sakit. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuklah perubatan dan ubat yang disebutkan oleh Nabi S.A.W, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan. Maka, perubatan moden, cina, india atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam.
Nabi s.a.w dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:
عِبَادَ اللَّهِ ، تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلاَّ دَاءً وَاحِدًا الْهَرَمُ
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Siapa yang perlu hadir pada program ini ?
Mereka yang ingin menambah ilmu perubatan.
Mereka yang ingin menambah skill dalam rawatan.
Mereka yang ingin membantu ahli keluarga dll.
Mereka yang ingin menjadi perawat.
Mereka yang ingin meneruskan warisan sunnah.
Mereka yang ingin menjadikan rawatan Islam sebagai satu platform berdakwah.
Kelebihan yang anda akan perolehi pada program ini ?
Pengijazahan 12 ayat kubu kota alam dan 20 ayat pemecah kebatilan.
Pengijazahan 4 amalan pakaian tabib rahsia.
Mengesan titik gangguan dalam tubuh.
Pengisian amalan-amalan ruqyah pada barang.
Kaedah rawatan secara psikologi dan bahan alami.
Talaqqi bacaan ruqyah bersama guru.
Peserta akan diberikan teknik-teknik rahsia.
Anda akan dibimbing oleh seorang Mu’allij yang berpengalaman hampir 16 belas tahun dalam bidang ilmu Perubatan Islam iaitu, Al-Fadhil Ustaz Mu’izzuddin bin Ismail a.k.a Master MI.
Apa yang anda akan pelajari pada program ini ?
Apa itu gangguan 4S (Saka, Sihir, Santau & Setempat).
Dimanakah gangguan akan mula mengganggu manusia dan bagaimana cara menangkisnya.
Kaedah mengesan gangguan dalam tubuh pesakit dan diri sendiri.
Kaedah perubatan mengikut syarak.
Memahami apa itu jin dan sifat-sifatnya.
Kaedah mengubati sihir, saka dan santau.
Kaedah mengaktifkan cahaya (aura) dalam diri.
Kaedah perubatan menggunakan bahan alami.
Kaedah mengaktif dan menguasai ilmu scan.
Teknik membuang bisa perawat dari tubuh melalui kaedah zikir ” Terapi Insani ” dan lain-lain.
Objektif Kursus Rawatan Islam adalah;
Memberikan pencerahan tentang kaedah-kaedah tertentu dalam merawat gangguan sihir, santau, dan saka.
Anda boleh memilih salah satu daripada tarikh yang diberikan. Sila membuat pembayaran deposit untuk menempah kursi kursus.
Deposit hanya RM100.00 Sahaja! Berikut merupakan maklumat pembayaran deposit kursus:
Bank : Maybank
Akaun : Darul Muqarrabin
No akaun : 5621 0683 7596
Amount : RM100.00
Reference : ‘Kursus KRI’
———————-
Butiran Kursus :
Hari : Ahad
Tarikh : 25 Ogos 2024
Waktu : 8.30 pagi – 5 petang
Tempat : Klinik Perubatan Hikmah Terapi Insani, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA
0 Days
0 Hours
0 Minutes
0 Seconds
Leave a reply