Klinik Perubatan Hikmah Terapi Insani (KPHTI) merupakan salah satu pecahan cabang daripada sektor kecil yang bernaung di bawah Darul Muqarrabin. Di sektor ini kami melaksanakan perkhidmatan yang berbentuk perubatan sahaja. Berikut adalah beberapa jenis perkhidmatan yang kami tawarkan kepada orang ramai ;
Jika kawasan tersebut sekitar klang / shah alam : RM300.00 dan ke atas
Jika kawasan tersebut di luar kawasan klang / shah alam : RM350.00 dan ke atas (caj tidak termasuk tol, minyak & penginapan dan sebagainya)
* Harga ini adalah untuk sebuah rumah / kedai sahaja, bagi bangunan, kilang, kebun dan sebagainya bergantung mengikut keluasan tempat yang akan dipagar.
Sila berhubung dengan Admin bagi mendapatkan sebut harga yang jelas
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
Terdapat beberapa jenis umum kaedah berbekam :
Bekam kering
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, secara asasnya metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
2. Bekam basah
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
3. Bekam api
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampagas pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.
4. Bekam luncur
Bekam luncur, caranya dengan tarik cup bekam pada bahagian tubuh badan tertentu dan meluncurkan ke arah bahagian tubuh lain. Teknik bekam ini biasa digunakan untuk pemanasan paesakit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan melembutkan otot.
Berikut adalah beberapa dalil menunjukkan kebaikkan dan keharusan berbekam :
Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad s.a.w berkata ; “ Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “ Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam ”.
[Riwayat Termizi, kitab jual beli]
Dalil yang lain pula ialah ;
“ Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam.”
[Riwayat Ahmad]
1. TITIK UMUM
* Belakang badan sahaja = RM80.00 (12 cup) * belakang badan & kaki = RM150.00 (24 cup) Diskaun RM10.00
* Seri muka = RM30.00 (4 cup) * Migrain = RM60.00 (6 cup) * Sakit tulang belakang = RM80.00 (10 cup) * Sakit pinggang = RM100.00 (11 cup) * Sakit mata = RM20.00 (2 cup) * Santau/sihir/saka (ruqyah) = (bergantung kepada pesakit) * Bell’s Palsy = RM60.00 (6 cup) * Lumpuh/strok = (bergantung kepada pesakit) * Sakit tulang belikat = RM80.00 (9 cup) * Sakit jantung = RM60.00 (6 cup) * Sakit asma/batuk/semput = RM100.00 (13 cup) * Sakit kencing manis = (bergantung kepada pesakit) * Titik kolestrol = RM120.00 (14 cup) * Resdung = RM50.00 (5 cup) * Sakit lutut = RM60.00 (5 cup) * Titik harimau hitam (batin) = RM120.00 (8 cup) * Ibu titik = RM50.00 (5 cup)
✓ Ini adalah harga-harga perkhidmatan bekam di pusat rawatan sahaja ✓Adapun untuk di luar pusat rawatan, harga perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan (tol, pergi dan balik, upah perawat, minyak & penginapan perawat)
* Untuk TITIK UMUM ni sesuai kalau ada jenis pesakit yang baru nak cuba berbekam (first time). Ataupun ada jenis pesakit yang memang suka saja2 berbekam.
* Untuk TITIK KHUSUS pula, merujuk kepada titik penyakit tertentu. Pesakit yang mempunyai sejarah penyakit tertentu.
* TITIK HARIMAU HITAM merujuk kepada masalah kebatinan lelaki.
* IBU TITIK merujuk kepada 5 point yang kita akan bekam di bahagian kepala. Titik segala penyakit tubuh.
Sila berhubung dengan Admin bagi mendapatkan sebut harga yang jelas
Urutan adalah satu sistem sentuhan, usapan, menekan dan menguli bahagian-bahagian badan yang tertentu untuk melegakan kesakitan, merehatkan, merangsang yang menyenangkan pada kulit dan memberi manfaat kepada otot dan saraf tubuh.
Urutan yang diberikan pula tidak semestinya menggunakan tangan atau jari tangan semata-mata. Ada juga urutan yang diberikan menggunakan siku, lutut dan kaki mengikut keadaan saiz pesakit yang hadir.
Jenis-jenis rawatan urut yang kami tawarkan ialah ;
1. Urutan Saraf Tubuh
Perawat akan mengurut pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh untuk merangsang saraf-saraf yang seterusnya menghantar isyarat ke organ-organ tertentu dalam sistem tubuh kita sesuai dengan keadaan penyakit yang pesakit hadapi.
2. Teknik akupressure
Tekanan lembut, kemas untuk merangsang penyembuhan diri sendiri.
3. Urutan Guasha
Gua sha adalah amalan menggunakan alat untuk mengenakan tekanan dan mengikis kulit untuk melegakan kesakitan dan ketegangan. Tindakan ini menyebabkan lebam ringan, yang sering muncul sebagai bintik ungu atau merah.
1. Urutan badan
* Bahagian belakang badan sahaja = RM70.00 (45 minit) * seluruh tubuh = RM120.00 (1 jam) * Guasha = RM80.00
2. Urutan bahu, tangan dan kepala = RM50.00 (30 minit)
3. Urutan kepala sahaja = RM30.00 (30 minit)
4. Urutan kaki
* Seluruh kaki = RM40.00 (35 minit) * Tapak kaki = RM70.00 (1 jam)
5. Sauna wap = RM50.00 (20 minit sahaja)
✓ Rawatan untuk luar di pusat rawatan, harga perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan (tol, jarak jauh pergi dan balik, upah perawat, minyak & penginapan perawat)
Urutan Guasha berasal daripada perubatan China. Ianya adalah merupakan urutan yang menggunakan sekeping kayu kecil yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Sila berhubung dengan Admin bagi mendapatkan sebut harga yang jelas
Upah yang ditawarkan bergantung kepada jenis rawatan, jarak tempat dan kepayahan perubatan yang dilakukan. sebut harga perubatan boleh didapatkan bersama admin kami ditalian 011-5675 6989.