Kaedah rawatan yang kami laksanakan di klinik ialah :
1. Menggunakan air (mandi & minum)
Ini adalah selaras dengan dalilk daripada al-Quran melalui kisah Nabi Ayyub a.s. Dalilnya lagi ialah : –
“Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu“ (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)“.
[Surah as-Sad : 41-44]
Dalil yang lain juga ialah :
Saidatuna ‘Aisyah : ” Seseorang yang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit ain disuruh supaya berwuduk. Kemudian, orang yang terkena penyakit itu akan mandi dengan air wuduk tersebut. ”
[Riwayat Muslim, Kitab al-Salam]
Di dalam kitab Mausu’ah al-Fiqhiyyah juga ada disebut ;
“ Telah menjelaskan oleh fuqahak dengan harus memberi minum dengan bacaan Al-Quran akan orang yang sakit. Berkata Imam Ibnu Abidin : Dan atas hukum harus ini ialah amalan orang-orang pada hari ini dan dengannya telah datang athar yakni perkataan dan perbuatan sahabat Nabi.”
2. Ketuk (tangan atau barang tertentu)
Kaedah ini pula seleras dengan dalil :-
Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah daripda ayahnya berkata: “Saya bersama Sahl bin Hanif pergi mencari arak. Kemudian kami memperolehinya. Salah seorang daripada kami merasa malu untuk mandi ke sungai apabila ada yang melihatnya. Apabila mandi, dia menyelinap masuk ke dalam air. Saya memerhatikannya dan tingkahlakunya didapati sangat menghairankan. Dia sedikit pun tidak menyahut panggilan saya ketika memanggilnya. Ini menyebabkan saya menyangka dia telah terkena gangguan jin. Dengan segara saya menemui Rasulullah s.a.w. memberitahunya. Apabila dia datang Rasulullah s.a.w. memukul dadanya kemudian berdoa, “Ya Allah, hilangkanlah kepanasan gangguan itu, kesejukannya dan kesan buruknya”. Kemudian baginda bersabda: “Bangunlah, lalu dia bangun dalam keadaan sihat. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila ada di kalangan kamu mendapati berlaku pada diri, harta atau keluarga kamu perkara pelik, hendaklah segera memohon keberkatan daripada Allah. Ini kerana gangguan al-‘Ain memang benar berlaku.”
Daripada dalil yang lain pula ialah :
Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
3. Pembacaan ayat-ayat ruqyah ataupun doa tertentu daripada al-Quran dan Sunnah
Kaedah ini selaras dengan dalil :
Digunakan oleh Jibril a.s untuk menjampi baginda kepada sahabat-sahabat baginda yang lain.
“ Bahawa Jibril a.s datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata : “ Wahai Muhammad, adakah kamu sakit ? ” Jawab (Nabi s.a.w) : “ Ya ”. (Lalu Jibril menjampi baginda SAW): “ Dengan nama Allah, aku meruqyah mu dari segala sesuatu yang menyakitkan mu dan daripada kejahatan setiap manusia atau pandangan mata yang dengki. Allah yang menyembuhkan kamu dan dengan nama Allah aku menjampi mu”.
[Riwayat Muslim, Kitab al-Salam]
“Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu“ (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)“.
4. Hembusan nafas dan tiupan angin
Berikut dalilnya ialah :
“Adalah Rasulullah SAW apabila salah seorang ahli keluarganya sakit Rasulullah menghembus ke atas keluarganya yang sakit itu dengan bacaan surah Al-Mu’awwizat. Maka ketika Rasulullah mengalami sakit yang membawa kepada wafatnya aku telah meniup ke atasnya dan aku menyapu akan badan Rasulullah dengan tangannya kerana sungguhnya tangannya lebih berkat daripada tanganku.”
[Riwayat Muslim]
Dalil yang lain pula ialah,
Tersebut pada kitab-kitab seperti Hasyiah Ibnu Abidin dan Hasyiah Al-Adawi dan At-Tibyan dan Adab As-Syar’iyah :
“Dan disunatkan bahawa dibaca di sisi orang yang sakit akan surah al-Ahad dan surah al-Falaq dan surah an-Nas serta meniup pada dua tapak tangan. Maka sungguhnya telah sabit yang demikian itu dari perbuatan Rasulullah SAW.”
5. Menggunakan bahan alami (bahan alam sekitar)
Bahan-bahan alami yang digunakan ialah seperti garam bukit, limau purut, daun-daun herba dan sebagainya. Berubat menggunakan bahan alami adalah diharuskan pada syarak kerana bahan alami adalah bukan bahan yang diharamkan dan ianya tidaklah diharamkan melainkan ada dalil Qat’e yang mengharamkannya.
Berikut adalah beberapa contoh dalil daripada al-Quran dan Sunnah berubat menggunakan bahan alami :
Dari ‘Aisyah bahawa ‘Asma’ bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi wanita haid. Maka baginda bersabda, “ Salah seorang dari kalian hendaklah mengambil air dan Daun Bidara, lalu engkau bersuci, lalu membaguskan bersucinya”.
[Riwayat Bukhari & Riwayat Muslim]
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya menggunakan lesung kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Ini adalah bukti bahawa kaedah yang kami jalankan ini selaras dengan jalan syarak dan ianya bukan daripada kaedah yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Walau apapun kaedah yang dijalankan, ianya sebagai wasilah sahaja dalam memberikan rawatan kepada pesakit :
الشفاء يكون دائما بيد الله، هو الشافي القادر على ازالة المرض بفك الكربة لدى الإنسان، وهو وحده الذى نلجأ اليه لإزالة المرض، والأطباء والأدوية وسائل يُعطيها الله لنا من أجل محو المرض ومنح جسم الانسان الشفاء.
Ertinya: “ Bermula yang memberi sembuh adalah selamanya terletak pada izin Allah Taala. Dialah yang menyembuhkan yang kuasa atas menghilangkan penyakit dengan mengangkat akan kesukaran yang dialami oleh manusia. Dialah Tuhan yang kita berlindung kepada-Nya bagi menghilangkan penyakit. Dan bermula segala orang yang merawat dan segala ubat-ubatan itu hanyalah wasilah-wasilah yang Allah mudahkan bagi kita bagi tujuan menghilangkan penyakit dan menyisihkan penyakit dari badan manusia.”
Leave a reply