Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda صلى الله عليه وسلم hingga ke hari kesudahan.
Tahukah anda bahawa para Anbiya adalah merupakan hamba Allah yang dikasihi. Mereka semua mempunyai tempat dan darjatnya yang tersendiri di sisi Allah.
Apabila dikatakan mereka itu sebagai hamba Allah yang dikasihi, maka tidak peliklah sekiranya terdapat pada mereka itu kelebihan tertentu sebagai tanda kemuliaan Allah yang diberikan kepada mereka.
Berikut adalah beberapa contoh kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
Hadis yg mafhumnya ” Allah taala tidak menjadikan sesuatu yg haram utk ummatku sebagai syifa ( rawatan penyembuhan ) “ ini dipertanggungkan diatas Arak. Adapun berubat dengan sesuatu yg najis itu harus diketika tiada sesuatu ubat yg suci lagi, dan dikecualikan dalam hal ini akan fadhilatnya Nabi Kita صلى الله عليه وسلم ( ini sebagai adab kepada Nabi Kita صلى الله عليه وسلم ) tidak disebutkan najis atau kotoran , Maka fadhilatnya Nabi itu suci menurut pendapat yg muktamad dalam mazhab Kita..
Pada Suatu hari seorang pengemis mendatangi rumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Pengemis itu berkata: “ Saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم.” Rasulullah bersabda : “ Wahai Aisyah berikan baju itu kepada pengemis itu ”.
Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Nabi. Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau, dan langsung pergi ke pasar serta berseru di keramaian orang di pasar : “ Siapa yang mahu membeli baju Rasulullah ? ”
Maka dengan cepat orang-orang berkumpul, dan semua ingin membelinya. Kemudian ada seorang kaya namun buta yang mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta, dan ia berkata kepada budaknya : “ jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka ”
Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi. Alangkah gembiranya orang kaya yang buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah itu, orang buta tersebut kemudian berdo’a dan berkata :
“ Yaa Rabb, dengan haq (kebenaran) Rasulullah SAW dan berkat baju yang suci ini, kembalikanlah pandanganku ”
MasyaAllah. Dengan izin Allah, spontan orang tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan penuh gembira dan berkata : “ Wahai Rasulullah… pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju ini sebagai hadiah dariku ”
Sebelum itu, orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah صلى الله عليه وسلم tertawa hingga tampak gigi gerahamnya, padahal biasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم jarang sekali tertawa sampai terlihat gigi geraham.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda kepada Sayyidah Aisyah : “ Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan berkatNya, ia telah menjadikan kaya orang yang miskin, menyembuhkan orang yang buta, dan memerdekakan budak serta kembali lagi kepada kita ”
Dan berkat aba Taibah yg pernah minum darah Nabi صلى الله عليه وسلم, begitu juga hal nya ibn Zubair رضي الله عنهما ( yg pernah kencing Di Riba Nabi صلى الله عليه وسلم ) ketika ia Masih budak, diberikan kepadanya darah bekam oleh Nabi صلى الله عليه وسلم supaya ditanamkan darah tersebut namun diminumnya Oleh Ibn Zubair..
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda ” من خالط دمه دمي لم تمسه النار ”
” Sesiapa yg bercampur darahnya dengan darahku tidak akan disentuh akannya oleh api neraka “
Dan begitu juga lah hukumnya akan fadhilat (kelebihan) para anbiya dihukumkan suci. Apa sahaja yang keluar daripada tubuh mereka dan dipakai oleh mereka, mempunyai keberkatan dan kemuliaan tertentu.