Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan.
Orang yang datang haid dilarang berpuasa. Ini kerana terdapat larangan daripada dalil syarak yang melarangnya. Tapi tahukah anda semua, apakah hikmah disebalik larangan berpuasa kepada orang yang haid. Sudah sedia maklum, dalil larangan yang datang, mestilah terdapat sebab-sebab tertentu.
Alasannya iaitu :
kerana keluarnya darah dapat melemahkan badan, begitu juga dengan berpuasa. Puasa juga dapat melemahkan badan. Maka (jika) perempuan diperintahkan untuk berpuasa, (nescaya) akan terkumpul dua perkara yang melemahkan badannya, sementara syariat datang selaras untuk memelihara (memperhatikan) terhadap kesihatan, hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ramli رحمه الله.
Rujukan :
Kitab Mirqat Su’ud at-Tasdiq Syarh Sullamut Taufiq