Amalan yang dikongsikan di dalam halaman ini merupakan amalan yang ringkas dan lengkap ianya mampu diikuti oleh semua lapisan masyarakat. Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda semua. Amiin!
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam : "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat." - Al-Hadis
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku." - Al-Hadis
Kemuliaan Rejab dengan malam Israk dan Mikrajnya, Sya'ban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya (dalam kitab Raudhah Imam Nawawi).
"Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya." - Al-Hadis
"Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan Parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)." - Al-Hadis
"Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Kiamat." - Al-Hadis
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab akan selamat daripada azab kubur. Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya." - Al-Hadis
"Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka." - Al-Hadis
"Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 Pintu Syurga." - Al-Hadis
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru : lailahaillallah, dia tidak terhalang masuk ke Syurga." - Al-Hadis
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu." - Al-Hadis
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat Zat Allah di dalam syurga dan juga orang yang pertama sekali menziarahi Allah di dalam syurga." - Al-Hadis
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah Mahligai di hadapan Mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam." - Al-Hadis
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)." - Al-Hadis
Berkata Saidina Ali:
"Kelebihan bulan Rejab daripada segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam." - Al-Hadis
"Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga." - Al-Hadis
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas titian sirotalmustaqim di hari kiamat." - Al-Hadis
"Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya" - Al-Hadis
Berseru dari Langit:
"Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar : dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis)" - (berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)."
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya:"
"Puasa pada bulan Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya." - Al-Hadis
"orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti" - Al-Hadis
"Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah Seribu Dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan." - Al-Hadis
"Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu Mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah." - Al-Hadis
"bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah." - Al-Hadis
"Allah jadikan di belakang Bukit Jabal qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : telah aku ampunkan mereka!." - Al-Hadis
"Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka." - Al-Hadis
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "telah wajib hakmu atas-Ku, maka mintalah olehmu kepada-Ku. Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku, Tiada Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiran-Ku di bawah arasy-Ku, engkau kekasih-Ku dalam segala makhluk-Ku, Engkau terlebih mulia atas-Ku. Suka kan lah kamu, tiada dinding antara Aku dan antara engkau." - (dari Kitab Roudhotul Ifkar) - Al-Hadis
"Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun. Kerana kebesaran hari israk-mikraj." - Al-Hadis
"Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesusahan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus." - Al-Hadis
"Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun - diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (keika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di Titian sirotolmustaqim." - Al-Hadis
Rejab ertinya Takzim (kebesaran, keagungan, kemuliaan)
'ر : رحمة (Rahmat), ج : جود (Pemurah), ب : بر (Kebajikan)
Kerana Keagungan, Kebesaran dan Kemuliaan bulan Rejab (رجب) itu Maka Allah limpahkan rahmat-Nya, kemurahaNya dan kebajikan-Nya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan شَهْرُ اللّه (bulan Allah).
Rahmat:
Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hamba-Nya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang sembahyang sunat di samping fardhunya yang tertentu dan banyak berfikir, bertasbih, berselawat, membaca al-quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahajud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-quran, berdoa dan sebagainya. Pada bulan Rejab Inilah dilipat ganda pahalanya, dilipat-gandakan ampunan dosa-dosanya, dengan mudah mendapat keampunan dan taubat daripad Allah, diangkat darjat keimananya oleh Allah di dunia, dan diangkat darjat yang tinggi baginya di dalam Syurga di Akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan Rejab ini berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat dalam hidupnya. Sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambanya dengan mendapat keredhaannya yang besar dan Rugilah orang-orang yang ketinggalan Rahmat yang melepaskan kita daripada azab Neraka dan menempatkan kita ke dalam Syurga.
Judu (Pemurah):
Begitu sekali pemurahnya dan baiknya Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh kepada-Nya dengan balasan pahala yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi di dalam Syurga, dengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu banyaknya pula. Sungguh pemurahnya dan baiknya Allah terhadap hamba-Nya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan:
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hamba-Nya, bulan yang diperintahkan banyak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat Allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa, bersedekah, dan segala rupa kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan Allah dan rasul-Nya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (Banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar pula anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian Allah dan banyak pula hamba-Nya berlumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula hamba-Nya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hamba-Nya dengan tuhannya dan bertambah dekat pula tuhannya dengan hamba-Nya. Betapa besar keredhaan Allah terhadap hamba-Nya dan betapa besar pula keredaan hamba-Nya terhadap Allah.
Firmannya:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّـٰتُ عَدْنٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًۭا ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ (٨)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7) Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya."(8) - Al-Baiyyinah 7 - 8
"Tiada yang berhak disembah melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, tiada yang berhak disembah melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, tiada yang berhak disembah melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fana'nya tiap-tiap sesuatu" - Setiap hari (10x)
(lailahaillallah), dan membaca:
(Allahuakbar)
100x selepas sembahyang Subuh dan Asar.
(a)
(Subhanallah) - 100x
"Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi"
(b)
(Subhanallahwabihamdihi, Subhanallah hilazim) - 100x
"Maha Suci Allah dan dengan Segala pujian-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung".
(c)
(Subahanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil aliyyil azim) - 100x.
"Maha suci Allah dan Segala kepujian bagi Allah, tiada yang berhak disembah melainkan Allah, Allah maha Agung, tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
(Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad) - 10x atau 100x.
(Astaghfirullahalazim wa atubu ilaihi) - 70x atau 100x pagi dan petang
"Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung dan aku bertaubat kepada-Nya."
(Rabbil firghli waliwalidayya warhamhuma Kama rabbayani saghira) - (Seberapa banyak yang boleh)
"Ya Tuhanku, Ampunilah aku dan dua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil."
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
Sedang diedit
DARUL MUQARRABIN
Any questions related to Amalan Bulanan?
WhatsApp Us
🟢 we are online | Privacy Policy
Ask Me!