Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Memberikan ilmu kepada umat Manusia, kerana dengan ilmu itu Maka Manusia menjadi ciptaan Allah melebihi ciptaan Allah yang lainnya. Selawat dan salam kita tujukan kepada kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W dan kerana beliau maka umat ini menjadi umat yang terbaik diantara sekalian banyak umat. Alhamdulillah.
Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak boleh dipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini telah dijadikan kayu pengukur bagi tamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidak mengabaikan matematik. Setiap kemajuan sesuatu bidang pasti ada tokohnya. Jom kenali tokoh matematik…
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Jika ditanya mengenai tokoh Islam dalam bidang ilmu matematik, sudah pasti tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi atau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi.
Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali dengan beberapa cara ejaan lagi, antaranya al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, dan al-Gorismi.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 780 Masihi di Bukhara, Uzbekhistan. Yang mana merupakan salah satu kota tertua di Asia Tengah. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi juga dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Oleh itu, beliau sememangnya seorang pakar ilmu yang dikagumi dan dihormati orang ramai.
Al-Khawarizmi dikenali dengan beberapa cara ejaan lagi, antaranya al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, dan al-Gorismi.
Guru Al-Jabar di Eropah
Al-khawarizmi merupakan guru Al-Jabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, iaitu bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan ilmu hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dari beliau dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
Banyak lagi kaedah yang telah diperkenalkan oleh beliau dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Selain itu, bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada penggunaan aritmetik dan geometri sahaja.
Di samping itu, Al-Khawarizmi juga banyak menghasilkan karya-karya beliau yang tersendiri. Antaranya ialah, Al-Jabr wa’l Muqabalah, Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, dan juga Sistem Nombor. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan juga menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
Nak tahu sistem nombor yang diperkenalkan oleh tokoh Islam Al-Khwarizmi?. Inshaa Allah kita akn bersambung dalam siri yang ke-2.