Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Iblis merupakan makhluk yg terkutuk lagi pula ia senantiasa memikirkan bagaimana untuk menjahanamkan manusia agar sama-sama dengannya masuk kedalam api neraka. Namun segala kekacauan tersebut, tidaklah dilakukan oleh Iblis sendiri. Ianya dibantu oleh tentera-tenteranya.
Diceritakan dalam kitab Sirajut Tolibin syarah bagi kitab Minhajul ‘Abidin karya hujjatul Islam Imam Ghazali.
ويقال اذا حضر وقت الصلاة امر ابليس جنوده بان يتفرقوا ويأتوا الناس ويشغلوهم عن صلاتهم .
Diceritakan bilamana masuk waktu solat, Iblis akan memerintahkan seluruh tenteranya supaya berpecah-pecah untuk mendatangi manusia dan menyibukkan mereka yakni membuat kacau daripada solat yang akan mereka kerjakan.
فيجيء الشيطان الى من اراد الصلاة فيشغله ليؤخرها عن وقتها، فان لم يقدر فانه يأمره بأن لا يتم ركوعها وسجودها وقرائتها وتسبيحها ودعوتها ، فان لم يستطع فانه يشغل قلبه باشغال الدنيا.
Maka syaitan yg merupakan salah seekor tentera iblis pun mendatangi mereka yang ingin solat, syaitan tersebut menyibukkan mereka supaya mereka melewat-lewatkan solat daripada waktunya. Maka jika tidak mampu berbuat demikian, Iblis akan menyuruh syaitan tersebut mengganggu musolli (orang yang solat) tersebut agar tidak menyempurnakan rukuk, sujud, segala bacaan didalam solat, tasbih dan doa-doa yang dibaca didalam solat. Maka kalau ia masih tidak mampu, disuruh pula menyibukkan hati musolli (orang yang solat) tersebut dengan kesibukan-kesibukan dunia.

فان لم يقدر على شيء من ذلك امر ابليس بأن يوثق هذا الشيطان ويقذف به في البحر ، فان كان يقدر على شيء من ذلك فانه يكرمه ويبجله.
Maka seandainya syaitan itu tidak mampu juga untuk melakukan demikian. Nescaya iblis akan memerintahkan agar diikat syaitan tersebut dan dicampakkan ke dalam laut. Maka seandainya syaitan tersebut mampu melakukan salah satu daripada suruhan Iblis, maka sesungguhnya syaitan tersebut akan dimuliakan oleh iblis dan syaitan tersebut akan mendapat puji-pujian dari iblis.