Assalamu alaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Solat adalah ibadah yang paling tinggi untuk menentukan posisi seseorang hamba di akhirat kelak. Jika solatnya baik, maka baiklah nilai amal yang lain, begitu pula sebaliknya. Maka wajarlah jika iblis menugaskan tentara-tenteranya untuk melalaikan dan merosakkan solat seseorang. Setiap orang yang melaksanakan ibadah, akan dikerahkan kepadanya seekor syaitan untuk mengganggu ibadah seseorang itu. Namanya ialah :

2.KHANZAB
Perasan atau tidak, kadang-kadang apabila kita beribadah terutamanya seperti solat, kita akan teringat pelbagai benda. Ada tu yang sampai fikir bermacam-macam keraguan yang timbul di dalam minda.
Contohnya seperti, terlupa rakaat, perasaan was-was sama ada kita terkentut atau tidak, lalu menjadikan kita tidak khusyuk. Masa tu jugalah nak teringat kerja di ofis, anak di rumah dan sebagainya.
YA. Itulah kerja si Khanzab ini. Dia ditugaskan untuk menggoda manusia ketika mereka mengerjakan ibadah. Khanzab akan menyelinap masuk ke dalam hati-hati orang yang sedang mengerjakan ibadah supaya mereka tidak khusyuk dan lalai akan rukun dan syarat sah solat.
Ada 1 hadis Nabi Muhammad s.a.w :
Seorang sahabat Nabi bernama Uthman bin Abi al-‘As pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah s.a.w berpesan :
“ (Yang mengganggu kamu) itu ialah gangguan syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya ”
[Riwayat Muslim]
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang lain pula :
Nabi s.a.w ditanya tentang orang yang menoleh ke kanan dan ke kiri, beliau menjawab:
“ Itu adalah syaitan yang mencuri perhatian seorang hamba dari solatnya. ”
[Riwayat Bukhari dan abu Dawud]
Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat ataupun apa jenis ibadah. Apa yang diajarkan oleh baginda ialah dengan sekurang-kurangnya mengucapkan ta’awuz iaitu A’zudzubillahi minasyaitaanirrajim.

Mudah-mudahan segala amalan kita tidak menjadi sia-sia dan semoga kita dapat melaksanakan amalan yang terbaik dalam kehidupan seharian kita.